Pengalaman pergi open house ni bukan la nak bercerita tentang makanan or baju ape yang orang pakai masa pergi open house tu. Tapi kejadian semasa hendak pergi ke open house. Memang bagi saya sangatlah kurang hajar untuk orang yang berkenaan. Cerita dia macam ni, pada hari sabtu lepas saya berjalan-jalan la untuk ke jemputan open house rakan-rakan. Jadi setibanya saya dikawasan rumah terbabit, punyalah penuh parking. tak ade parking kereta. Jadi saya pun terpaksalah membuat uturn dua kali jugalah untuk mencari parking punya pasal. Jadi ketika mencari parking tu, saya masuk lah dilorong-lorong sebelah rumah orang di taman tu, tau-tau je la, tepi lorong pun orang parking, jadi, sempit lah jalan kt situ.Open housenye pasal.
Jadi, ketika saya berada dilorong, adalah dua kereta yang masuk dijalan yang bertentangan, saya pun menggerakkan kereta saya kearah kiri, untuk memberi laluan kepada kereta tersebut. almaklumlah jalan sempit, kereta orang tu punye lah besar. Saya dengan cuak-cuak pun cuba lah serapat yang boleh dengan longkang kt tepi tu. Walaupun dalam hati n punyalah risau. Sebab, tak adalah cekap sangat bawa kereta. Nak pulak bab-bab jalan sempit ni. Tapi dalam keadaan terpaksa, saya usaha kan la juga. Nasib baik driver kereta bertentangan tu lelaki, if perempuan lagi susah la saya nak adjust kereta.
Jadi, nak dijadikan cerita lah, bila kereta kedua nak lalu, masuk ke lorong yang sama, saya pun duduk la diam-diam kt tepi lorong tu dalam kereta bagi kereta tu jalan. Saya tunggu lah kereta tu melepasi kereta saya sebelum saya jalan untuk mencari parking semula. Tapi, tiba-tiba kereta tu berhenti. Saya pun pelik. ooo 'Mungkin dia risau terlanggar kereta orang kot,sebab tu dia perlahan sangat'...ok lah saya pun tunggu aje. Tiba-tiba pemandu tu membuka tingkap kereta dia..Kemudian dia mengeluarkan tangan dengan memegang sesuatu di tangan........
Sambil mengeluarkan tangan beliau menggerakkan kereta kehadapan.....
"sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttt....................."
Bunyi garfu ditangan pemandu terbabit diseretkan di kereta-kereta yang parking di tepi lorong tu....
Punya lah aku terkejut..
Kurang Hajar!!
Dia calarkan semua kereta yang parking kat tepi lorong tu. Kecuali kereta aku. kenapa? sebab aku ada dalam kereta. Semua kereta yang tidak ada pemandu, dia calarkannya. Bila kereta dia melepasi kereta aku, dia leh senyum pulak!!!
Aku xsempat nak berkata apa-apa, sebab macam xpercaya. Dia calarkan semua kereta dengan garfu besi!!!
Yang parking kt tepi tu bukan stakat kereta kelisa aje, kereta mahal pun ada! bile aku keluar dari kereta dan tgk pada pintu kereta-kereta yang dicalarkan, mmg ada kesan calar...
Manusia jenis apa tu??? Aku nampak isteri dan anak kecil dia di sebelah kerusi pemandu...
Itu ke teladan yang patut dia tunjuk pada anak dan isteri dia?
Sumpah dia xda ciri-ciri seorang bapa or suami yang baik langsung. Tanpa sebab dia boleh membuat perbuatan seperti itu. Apatah lagi kalau ada orang sengaja cari pasal dengan dia...
Aku berharap aku dijauhkan dari orang-orang yang tidak bertamadun seperti itu. Gila!
Dan aku juga berdoa agar tuhan buka kan pintu hati dia atas apa yang dia buat....
Pelik betul manusia n. Orang xkacau dia, dia pulak yang saja nak buat kacau... ish3
ish..pe nye xbtamadun mngkuk sprti tu...bengong...mmg dasr bngong..cube kalo kete die yg kene cmtu..eiiiiiiii..grm lak tgk org spesis gitu
ReplyDeletetu ar. y bace je pn geram, n y tgk depan mate, tekejut. tegamam n xpecaye...ape ntah motif dorg tu an.. pelik betol
ReplyDeletebetul kata diana tu..naper x amik plat keta dia..peh tu report je...kesian owner kereta yang lain..dah tentu hutang keta x abih lagi kan..
ReplyDeletehurmm tu la psl, mase tu sy tgk kelam kabut.dah lmbat nk g open house tu.dgn jalan sempit lg kt lorong2 tu.then tu 1st time nampak depan mate. so cm terkesima plak... tp lps n mmg akan ade tindakan la sy akan wat... amik gmbr, post kt blog. bia sume nampak. huhuhu
ReplyDelete