Limau Nipis,bukan digunakaan untuk masak aje,banyak kelebihan dan petua..
* Memutihkan Ketiak / Celah Peha / Leher
Potong limau tu,dan lumurkan dekat bahagian yang nak cerahkan tu.
Lumurkan sebelum mandi. dan tunggu dalam 10minit. Kemudian bilas semasa mandi.
Amalkan setiap hari dan lihat lah hasilnya nanti...
* Hilangkan Cagu
Perahkan sedikit air
limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama
beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging
tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu
akan beransur pulih.
*Menghilangkan Bau badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
* Melicinkan kulit
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
*Mengempiskan perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
* Menghilangkan kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
*Mengurangkan berat badan
Ambil 3 sudu besar serbuk
teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum
sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
banyak kegunaan limau nipis ni,apa lagi,jom pg pasar kita borong limau banyak2. hehehe
No comments:
Post a Comment