Soleh,
bukanlah dalam hidupnya x pernah berbuat salah..
& bukanlah dia yg suci tak ternoda
& bukanlah dia yg suci tak ternoda
Bukan juga tidak menyinta makluk berlawanan jantina darinya
Bukan juga berkopiah berjanggut sedepa
Juga bukan yang hanya berserban bersongkok sentiasa
tidaklah boleh diukur melalui pakaian semata
atau menggunung harta pusaka
Namun...
soleh itu adalah
dia yg apabila berbuat salah terus memohon maaf & keampunan-Nya..
di saat alpa & lalai dia terus memperbaikinya...
Sentiasa belajar menjadi lebih baik kerana Nya..
dia yg apabila berbuat salah terus memohon maaf & keampunan-Nya..
di saat alpa & lalai dia terus memperbaikinya...
Sentiasa belajar menjadi lebih baik kerana Nya..
yang mana akhirnya tahu taat pada Allah dan Rasulnya
menyintai jodohnya hanya keranaNya
dan membawa ke syurga yang kekal disana
dimana akhirnya mati syahid adalah cita-citanya
dan berjihad adalah rutin hariannya
kemudian dia sedar akhirat adalah tujuan hidupnya
perlu zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
menjadikan qiamullail selimut tidurnya
ia sentiasa beringat untuk bertawakal penuh kepada Penciptanya.
serta bersedekah walau apa jua keadaan sama ada senang atau susah.
walaupun mungkin pernah tersungkur dek cobaan dunia,
namun masih boleh digelar soleh..
kerana ianya semua datang jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan iaitu
hati...
Tempat yang tak akan pernah menipu, walau sekali..
apabila hati bersih..maka terpancar keindahan akhlak melalui fizikalnya
dan menjadikannya
soleh.
No comments:
Post a Comment